Tuesday, May 4, 2010

Chappati on 3 May 2010

Malam tadi, saya buat chappati.

Hasilnya sangat membanggakan saya.

Ini ialah kali ke3 saya mencuba chappati.  1st time dulu waktu anak pertama puasa penuh buat kali pertama.  Hasilnya: Chappati keras.  Kesian DD yang excited nak berbuka puasa, tiba-tiba terpaksa mengadap chappati keras!  Sedih sebenarnya, tapi inilah perjalanan keluarga kita, I guess.  Anak-anak kena suffer mak-mak punya experiments ... :))  Apapun, masa tu, saya 1st time cuba buat chappati, main buat suka-suka, main tanya-tanya kawan, dan try.  Keras sebab mungkin resepi salah (cuma guna tepung Atta, air dan garam) dan tak letakkan ghee pada chappati, sebab bagi saya, saya makan chappati tak rasa ada minyak or ghee or yang sewaktu dengannya.  Dan, chappati saya masa tu tebal!  Manalah tak keras, kan?

A 2nd time saya buat chappati, saya nipiskan rotinya.  Oklah, not so bad, dan bukan bulan puasa.  so boleh improve masa buat tu (nipiskan = improve).

Last night, saya buat kali ke3.  This time saya guna resepi lebih kurang begini:

Bahan-bahan:
(dapat kira-kira 15-17 keping chappati saiz sederhana)

1.5 cawan tepung Atta
3/4 cawan air (masukkan sikit-sikit, tak perlu guna semua)
2 cubit garam
1.5 - 2 sudu teh minyak zaitun
sedikit ghee
sedikit tepung Atta untuk guna waktu gelek supaya jangan melekat pada papan canai

Cara-cara:
1. Satukan tepung Atta, air dan garam.
2. Uli dan dapatkan satu bancuhan yang lembut.  (part ni kena pandai2 agaklah...)  Jika terlalu lembik, tambah tepung.  Jika terlalu keras, tambah air.
3. Bila dah jadi doh, masukkan minyak zaitun dan uli hingga lembut dan rata. (boleh ganti minyak lain)
4. Rehatkan sebentar (kira-kira 10-15 minit) Biarkan adunan dalam mangkuk besar dan tutup dengan tuala lembab. * Sila baca cerita selanjutnya di bawah untuk masa menunggu.
5. Bagi-bagikan doh anggaran sebesar bola golf.
6. Ambil seketul adunan, leperkan dengan cara tekan menggunakan tangan dan lumurkan seluruh doh itu dengan tepung Atta.  Jangan takut utk lumur tepung Atta generously.
6. Canai dan gelek nipis.  Semasa gelek, boleh letak lagi tepung Atta jika perlu.
7. Panaskan kuali leper dan pastikan kuali betul-betul panas sewaktu meletakkan chappati yang sudah siap digelek.
8. Bila kuali cukup panas, terus letak chappati ke atas kuali.
9. Tunggu seketika.  Warna chappati akan bertukar dan bubble kecil akan terbentuk.  Cepat-cepat terbalikkan.  (Boleh guna tangan - tak la panas sangat..)
10. Tunggu hingga bubble kecil terbentuk lagi sekali on the opposite side.
11. Terbalikkan dan pusing-pusingkan chappati di atas kuali leper dengan menggunakan sudip.  Sebaik-baiknya, chappati anda perlu menggelembung hingga besar seperti belon (kalau dapat macam ni, means you are really good lah, I think).  Keep on pusing-pusing chappati sampai cukup masak.
12. Masak hingga bubble on both sides berwarna coklat cantik or golden.
13. Siapkan satu pingan besar yang diletakkan tuala/tisu tebal yang bersih.  Tuala/tisu tebal mesti cukup untuk menutup/menyelimuti chappati yang sudah siap dimasak.
14. Jika chappati sudah cantik/golden, angkat dan letak di atas towel dalam pinggan besar tadi.
15. Sapukan rata sedikit minyak Ghee pada sebelah atas chappati dan terus tutup/selimutkan dengan towel.
16. Teruskan dengan next chappati.
17. Hidangkan chappati dengan kuah kari, sardin, atau apa yang anda suka.  Sedap dimakan panas-panas.

Itulah cara saya buat chappati semalam.

Untuk waktu rehatkan doh, saya masih masak nasi untuk anak-anak dan bibik yang mungkin tak biasa makan chappati for dinner.
So, selepas menguli, semasa waktu merehatkan doh, saya masak nasi & satu dish untuk makan dengan nasi.  So, this cooking time took me about 15 minutes at most.  Saya rasalah ...

Ok, so, harap cerita Chappati saya ni boleh membantu anda pun buat chapapti, ya.

Gambar takde, sbb saya nak cepat-cepat makan chappati masa panas-panas.  Hasilnya, DD 1st yang dah makan nasi agak banyak masih mahu makan 3 keping chappati, dan DH pula, tak taulah berapa keping makan chappati.  Saya pulak?  Malu nak ceritalah...

Apapun, puas rasanya hati bila dah bolehlah juga masak something yang family suka...

No comments:

Post a Comment