Thursday, November 25, 2010

berapa banyak adunan vs berapa besar kek?

ok,
like i promised a minute ago.
saya nak kongsikan buah fikiran saya tentang berapa banyak adunan untuk berapa besar kek.

Ini disebabkan saya tak ada pengalaman buat kek yang besar sebelum ini, dan saya tak rajin nak buat kek trial sebesar bagak tu, jadi saya rasa boleh guna maths aje untuk tahu berapa banyak adunan kena tambah supaya dapat kek sebesar saiz yang kita hendak.

jika anda belum sedar, inilah sebab anda belajar matematik dulu. 
sebagai nota, secara personal, bagi saya, apa ilmu yang anda belajar hingga form 3 dulu adalah ilmu yang anda boleh manfaatkan utk cari kehidupan di dunia.  kalau anda tak setuju sekarang, saya rasa anda akan setuju juga nanti2.  (cari kehidupan means dapatkan duit lah.. dlm kes ni, kalau lain pun tak boleh buat, at least buatlah kek dan jual - dapat duit, insyaAllah :) tak perlu buat kerja2 yang tak betul dan dapat duit haram....) tak percaya?  ini saya tunjuk. 

saya dah buat some maths calculations.  (terima kasih cikgu2 matematik sekolah rendah & menengah rendah dulu.)

FORMULA UNTUK ISIPADU BENTUK SILINDER:
                            ISIPADU  SILINDER = PI x jejari(kuasa 2)  x tinggi
                             volume = pi x radius(squared) x height

PI = 3.14

jadi, untuk kek ukuran diameter 10 inci, tinggi 3 inci,
isipadu kek 10 inci  = 3.14 x 5(kuasa 2) x 3
                             = 235.5 inci padu

kemudian, jika kita ada ukuran lain yang kita nak tau, contoh: 12 inci

isipadu kek 12 inci   = 3.14 x 6(kuasa 2) x 3
                             = 339.12 inci padu

ok, sekarang, kita dah tau, isipadu masing2 untuk 10 dan 12 inci.

so, ambil nisbah antara dua tu, dan taulah kita berapa lebih atau kurangnya isipadu antara satu sama lain.

contoh sekarang, saya nak tau berapa besar isipadu kek 12 inci berbanding kek 10 inci.

jadi,
                             339.12 / 235.5 = 1.44

maknanya, kena tambah 44% adunan lagi kepada adunan 10 inci saya.  44% ialah kira2 40% atau 2/5 bahagian.
maknanya,
kalau adunan asal (kek 10inci) guna 5 biji telur, saya perlu tambah lagi 2 biji telur untuk buat kek 12 inci.

kalau adunan asal guna 10 cawan tepung, saya perlu tambah lagi 4 cawan tepung.

dan seterusnya.

saya rasa dah betul apa yang saya pikir, nanti saya cuba... :D

praktis stack cake /tingkatkan kek/ stack kek

salam
hari ini jumaat.

esok sabtu (dohh).. apapun, yang penting esok cuti dan cuti maknanya ada masa untuk buat kerja yang diri sendiri suka (atau sukarela).

esok saya nak try bake cake praktis utk stack.

disebabkan saya tak teringin cari pasal dengan betul2 stackkan kek yang besar gila dan kecil sikit, saya akan try utk buat kek yang besar sikit dan kecil sikit aje dulu esok.

kek yang betul2 nanti ialah kek ukuran 12 ke 13 inci (lupa pulak saiz loyang yang baru beli tu - tp rasanye 12 la..), + 8 inci. 
so 12 inci is a big cake!!  so esok saya mungkin cuma buat kek saiz 8 & 6, dan one cake akan distackkan on top of the other.  dan, akan terus buat deco seperti yang telah dipersetujui. 
mesti buat, walapun dulu ada rasa malas yang melampau.
untuk something yang kita tak penah2 buat, dan disbbkan kita akan buat utk org lain dan di depan public pulak tu, kita mesti try dulu ... takut kek tu terbalik :)

btw, saya akan guna chopstick aje sebagai ganti dowel (ni ialah 1 lagi sebab kenapa mesti praktis).

lepas ni saya keluarkan post adunan kek vs. saiz kek. 

ta

Friday, November 5, 2010

Meningkat2kan kek (Stacking a cake)

5 Nov 2010.
apa yang signifikannya?  Memanglah hari ini Diwali @ Deepavali, tapi saya tak menyambutnya, jadi bukanlah itu yang signifikannya.
Tapi, it's lesser than 30 days to my SIL wedding!!!
And I will insyaAllah be in charged of the wedding cake the ceremony not the hantaran.
I have planned (but have not actually told her but I think it's gonna be OK) for a 2-tier stacked cake.  Stacked because I have no courage to make a pillar cake.
Eh, kenapa cakap omputih ni?  terbawak2 pulak sbb lepas tengok youtube lah.. :) 


Daripada apa yang saya tengok di youtube, kalau kita nak stack kan kek, kita guna 'dowel'.  Dowel ni macam batang kayu lah, senang cerita.  Fungsi dowel ialah untuk bagi support utk kek yang ditampungnya itu.  So, disebabkan untuk provide support, dowel tak boleh kurus sangat (means, kita tak boleh la patah2kan chopstick dan cucuk aje... (sebenarnya macam boleh aje :) ) so, saya rasa , kena la saya cari dowel esok di Bake With Yen hehehe...
Kalau kek setinggi lebih drp 2 layer, ada orang akan masukkan mcm satu kayu pulak utk hold the whole height of the stacked cakes.

Antara satu kek dengan satu kek yang distack kan itu pula, ada orang letak cake board, ada yang tidak.
kalau nak letak cake board, ada orang guna board yang kecil sedikit daripada cake yg diletak di atasnya.
Saya rasa yang guna cake board ni lebih kepada supaya lebih senang kita nak transfer2 kek tu, takut pecah pulak kalau takde board.

So, esok saya cari dowel ye.  Nampaknya malam ni time utk saya baking.  Hmm.. nak buat kek apa ye?  Nak buat pound cake aje utk kes stacked ni.  Coklat and what ya?  Orange cake?   Itu yg senangnya pun... Or just butter cake?  mm, ok juga kan?