Thursday, December 30, 2010

* Kek kahwin adik ipar

Ok, it's been almost a month.
Inilah kek yang akhirnya saya dapat deko dan persembahkan pada wedding adik ipar saya.
My first wedding cake.

Saya tak guna pun teori2 matematik yang saya letak dlm entry sebelum ni, sbb, kek yang guna teori tu tak mencapai ketinggian yang saya mahukan.

Jadi, untuk kek yang di'stack' ini, saya guna 12 inci untuk kek bawah dan 8 inci kek atas.
loyang 12 inci guna 2 adunan, dan loyang 8 inci guna 1 adunan.  Kira buat decision secara gamble.

Dalamnya ialah moist choc cake.




Thursday, November 25, 2010

berapa banyak adunan vs berapa besar kek?

ok,
like i promised a minute ago.
saya nak kongsikan buah fikiran saya tentang berapa banyak adunan untuk berapa besar kek.

Ini disebabkan saya tak ada pengalaman buat kek yang besar sebelum ini, dan saya tak rajin nak buat kek trial sebesar bagak tu, jadi saya rasa boleh guna maths aje untuk tahu berapa banyak adunan kena tambah supaya dapat kek sebesar saiz yang kita hendak.

jika anda belum sedar, inilah sebab anda belajar matematik dulu. 
sebagai nota, secara personal, bagi saya, apa ilmu yang anda belajar hingga form 3 dulu adalah ilmu yang anda boleh manfaatkan utk cari kehidupan di dunia.  kalau anda tak setuju sekarang, saya rasa anda akan setuju juga nanti2.  (cari kehidupan means dapatkan duit lah.. dlm kes ni, kalau lain pun tak boleh buat, at least buatlah kek dan jual - dapat duit, insyaAllah :) tak perlu buat kerja2 yang tak betul dan dapat duit haram....) tak percaya?  ini saya tunjuk. 

saya dah buat some maths calculations.  (terima kasih cikgu2 matematik sekolah rendah & menengah rendah dulu.)

FORMULA UNTUK ISIPADU BENTUK SILINDER:
                            ISIPADU  SILINDER = PI x jejari(kuasa 2)  x tinggi
                             volume = pi x radius(squared) x height

PI = 3.14

jadi, untuk kek ukuran diameter 10 inci, tinggi 3 inci,
isipadu kek 10 inci  = 3.14 x 5(kuasa 2) x 3
                             = 235.5 inci padu

kemudian, jika kita ada ukuran lain yang kita nak tau, contoh: 12 inci

isipadu kek 12 inci   = 3.14 x 6(kuasa 2) x 3
                             = 339.12 inci padu

ok, sekarang, kita dah tau, isipadu masing2 untuk 10 dan 12 inci.

so, ambil nisbah antara dua tu, dan taulah kita berapa lebih atau kurangnya isipadu antara satu sama lain.

contoh sekarang, saya nak tau berapa besar isipadu kek 12 inci berbanding kek 10 inci.

jadi,
                             339.12 / 235.5 = 1.44

maknanya, kena tambah 44% adunan lagi kepada adunan 10 inci saya.  44% ialah kira2 40% atau 2/5 bahagian.
maknanya,
kalau adunan asal (kek 10inci) guna 5 biji telur, saya perlu tambah lagi 2 biji telur untuk buat kek 12 inci.

kalau adunan asal guna 10 cawan tepung, saya perlu tambah lagi 4 cawan tepung.

dan seterusnya.

saya rasa dah betul apa yang saya pikir, nanti saya cuba... :D

praktis stack cake /tingkatkan kek/ stack kek

salam
hari ini jumaat.

esok sabtu (dohh).. apapun, yang penting esok cuti dan cuti maknanya ada masa untuk buat kerja yang diri sendiri suka (atau sukarela).

esok saya nak try bake cake praktis utk stack.

disebabkan saya tak teringin cari pasal dengan betul2 stackkan kek yang besar gila dan kecil sikit, saya akan try utk buat kek yang besar sikit dan kecil sikit aje dulu esok.

kek yang betul2 nanti ialah kek ukuran 12 ke 13 inci (lupa pulak saiz loyang yang baru beli tu - tp rasanye 12 la..), + 8 inci. 
so 12 inci is a big cake!!  so esok saya mungkin cuma buat kek saiz 8 & 6, dan one cake akan distackkan on top of the other.  dan, akan terus buat deco seperti yang telah dipersetujui. 
mesti buat, walapun dulu ada rasa malas yang melampau.
untuk something yang kita tak penah2 buat, dan disbbkan kita akan buat utk org lain dan di depan public pulak tu, kita mesti try dulu ... takut kek tu terbalik :)

btw, saya akan guna chopstick aje sebagai ganti dowel (ni ialah 1 lagi sebab kenapa mesti praktis).

lepas ni saya keluarkan post adunan kek vs. saiz kek. 

ta

Friday, November 5, 2010

Meningkat2kan kek (Stacking a cake)

5 Nov 2010.
apa yang signifikannya?  Memanglah hari ini Diwali @ Deepavali, tapi saya tak menyambutnya, jadi bukanlah itu yang signifikannya.
Tapi, it's lesser than 30 days to my SIL wedding!!!
And I will insyaAllah be in charged of the wedding cake the ceremony not the hantaran.
I have planned (but have not actually told her but I think it's gonna be OK) for a 2-tier stacked cake.  Stacked because I have no courage to make a pillar cake.
Eh, kenapa cakap omputih ni?  terbawak2 pulak sbb lepas tengok youtube lah.. :) 


Daripada apa yang saya tengok di youtube, kalau kita nak stack kan kek, kita guna 'dowel'.  Dowel ni macam batang kayu lah, senang cerita.  Fungsi dowel ialah untuk bagi support utk kek yang ditampungnya itu.  So, disebabkan untuk provide support, dowel tak boleh kurus sangat (means, kita tak boleh la patah2kan chopstick dan cucuk aje... (sebenarnya macam boleh aje :) ) so, saya rasa , kena la saya cari dowel esok di Bake With Yen hehehe...
Kalau kek setinggi lebih drp 2 layer, ada orang akan masukkan mcm satu kayu pulak utk hold the whole height of the stacked cakes.

Antara satu kek dengan satu kek yang distack kan itu pula, ada orang letak cake board, ada yang tidak.
kalau nak letak cake board, ada orang guna board yang kecil sedikit daripada cake yg diletak di atasnya.
Saya rasa yang guna cake board ni lebih kepada supaya lebih senang kita nak transfer2 kek tu, takut pecah pulak kalau takde board.

So, esok saya cari dowel ye.  Nampaknya malam ni time utk saya baking.  Hmm.. nak buat kek apa ye?  Nak buat pound cake aje utk kes stacked ni.  Coklat and what ya?  Orange cake?   Itu yg senangnya pun... Or just butter cake?  mm, ok juga kan?

Tuesday, September 21, 2010

Cara menyimpan kek di dalam peti ais

Saya nak buat kek carrot ni.  Disebabkan ada keperluan untuk buat lebih awal daripada masa nak hidang, saya nak buat in advance.  Pakai Ahad, saya nak buat Rabu malam.

So, di bawah ni saya tepek guideline daripada seorang baker yang sudah banyak pengalaman dalam hal baking, kak Anis Adlina.  Free2 boleh visit her fotopages:  
http://rhynseri.fotopages.com

To Kak Anis, terima kasih for the guide.  Saya tepek sini, mudah2an lebih ramai yang belajar, dan mudah2an jadi saham akak di dunia lagi satu, insyaAllah.  Tak baik kedekut ilmu kan?  Ilmu kita yang secolek ni hanyalah ilmuNya yang dipinjamkan, kalau kedekut2 takut diambil semula...


Soalan2 ni dulu daripada saya, saya cuma edit semula supaya lebih mudah difahami harapnya.

1.  Kek apa yang sesuai disimpan dalam freezer sebelum dideco?  Apakah kek jenis pound/kukus/moist/span/lapis/lain2?

So far saya penah simpan butter cake & choc moist cake (choc moist kukus).  Kek pound & kek lapis pun rasanya boleh ikut teknik ini.  Kek span mungkin kurang sesuai sebab lembut & susah nk balut ketat2 dengan clingwrap.

2.  Seeloknya, berapa lama masa maksimum kita boleh simpan di dalam freezer?

Setakat ni, paling lama pernah saya simpan ialah 1 minggu.

3.  Macam mana cara nak simpan kek, bungkus dalam clingwrap atau aluminium foil atau bekas tupperware besar?  

Saya balut rapat2 dgn clingwrap saja, tapi saya buat 2-3 lapisan balutan.

4.  Kena simpan selepas kek betul2 sejuk atau sebaik saja keluar daripada oven/kukusan, atau macam mana?

Saya tunggu kek sejuk ke suhu bilik dulu baru saya balut.  Sebab kalau balut masa panas2, takut kek "berpeluh" dalam clingwrap.  Bila berpeluh, kek akan melekat pada plastik & mudah pula berkulat nanti.

5.  Di mana saya patut letak kek yang di simpan di dalam peti ais, penyejuk atau pembeku?
 
Saya simpan dalam peti ais bahagian biasa (fridge) saja, tak masuk freezer pun.   So far, tiada masalah.
 
TIPS : bila nak dihias, saya keluarkan kek dari peti ais, buka balutan plastik & terus jer hias masa kek masih sejuk.   Lebih mudah sebab serdak/crumbs pada kek masih melekap pada kek.  Selepas siap menghias, saya simpan dlm kotak kek & masukkan semula dlm peti ais, supaya aisingnya lebih kental - jadi lebih senang  nak bawa berjalan.
 

Monday, September 6, 2010

1st time bizness kuih raya - 2010

Tahun ni tahun pertama saya cuba bisness kuih raya secara kecil2an.  Exclusive order saja - dan asalnya saya limitkan kepada 1000 biji kuih, tak kira apa jenis pun, limitnya tetap 1000 biji kuih.

Jenis kuih yang saya cuba jual cuma 3 : Tart nanas, Semperit Dahlia & chocolate chip cookies.

2 jenis ni di depan tu ialah sbb dalam kepala saya, apa2 jadi pun, mesti ada tart nanas & dahlia kat rumah kalau time raya.  Choc chip pulak sbb ada sorang ofismate yg beriya2 minta saya buatkan sbb dia layan kuih yg ada coklat2 aje.

Semalam 5 sept 2010 hari last saya mengukis - kira dah settle projek kuih raya utk buat jual.  Final total memang lari daripada apa yg dirancang - alhamdulillah.  Seronok juga, tp mmg ada hiccups nye sbb ni first time berniaga. 

Untuk masa sekarang saya nak cuba berhempas pulas pula menyiapkan jahitan manik pada baju kekanda saya... 

jadinya, kuih utk rumah sendiri jadi siaran tertunda.  tapi rasanya saya perlu lagi berhempas pulas mengukis lagi, sbb saya bercadang bawa balik kuih sikit utk keluarga ... manalah nak cari masa ye?  Nak korban tidur ke?  Rasanye itu lah alternatif yang ada... apapun, Selamat hari raya, bawah ni saya tepek gambar kuih raya yg saya buat utk jual tahun ni.  kalau ada rezeki, tahun depan saya akan jual lagi, tp kita hanya merancang...


Tuesday, June 1, 2010

tart buah

Hi,

ni my entry pasal tart buah.  projek ni dah dlm sebulan lepas juga...

takde plan nak buat tart, so buah tu main boh aje apa yg ada .. ok lah, hasilnya, w/pun shell tu salah bancuh.. & tak guna mixer...

Monday, May 31, 2010

Roti at home - first trial

Ok, ni ialah my first time buat roti..

takde pengalaman menguli roti - ya Allah rasa mmg la tobat tak buat lagi lain kali .. menguli roti dgn tangan.

Tapi, as it happened, after this time, saya dah buat 2 kali lagi so far, uli dengan tangan, guna kudrat tulang 4 kerat cewah...


roti dah siap design tp blm hias & bakar

close up pizza bun


close up roti tocang

close up sossage bun
dah siap hias , ready utk dibakar


dalam oven, sedang bakar la tu..

dah masak, tunggu nak sejuk

close up sikit.. mm, yumm

roti kismis 





gambar dengan flash - nampak lagi sedap.. yumm




suka tgk roti tocang nih.. ada kaler2 lagi...



suka la tengok roti cute2 ni..

texture dalam roti

close up texture

Kelas Roti & Pastri

Akhir bulan 3 tahun 2010 saya telah menghadiri kelas membuat roti dan pastri.

Di Giat Mara Sepang.  Tempatnye di pekan Salak Lama.

Cikgunya, seorang gentleman macam dalam gambar.  Cikgu Saiful, muda lagi.. kami yang datang ni yang lebih remaja pula...  Tapi takpe, tuntut ilmu sampai ke liang lahad, kan?

Hari tu kami belajar roti asas untuk buat roti Mexican Bun, yang macam Roti Boy tu.. (Tapi saya sendiri tak pernah pun makan roti di Roti Boy.)  Saya cuma ikut apa yang cikgu sebut aje.

Apapun, nama asalnya memang lah Mexican Bun, tapi boleh dipelbagaikan mengikut citarasa kita.  Jadilah roti pintal, roti sosej & mini pizza dengan sosej sebagai topping simplenya. 

Selain itu, kami juga belajar buat tart shell untuk fruit tart & egg tart.

Hasilnya, alhamdulillah, dah byk kali resepi roti ni saya buat .. Rasanye dah 4 kali buat, kira ok lah... InsyaAllah, post selepas ni akan tunjuk gambar2 roti saya, ya.   Dan utk tart, pernah buat sekali baru.. hasilnya ok jugalah, walaupun masa buat sendiri tu, ada tersilap dlm hal resepi..

Ni gambar2 di kelas.















Cikgu Saiful












Mixer utk roti.. lagi powerful lagi bagus..




































Tunggu proofing kali ke 3 (45 min - 1 jam)





siap dihias selpas proofing kali ke 3 - ada 4 'design': ikut jam starting from kiri sekali: roti tocang, pizza bun, mexican bun & roti sosej.



ni roti tocang yang dihias dgn krim bentuk "S" oleh saya.. saja aje..




ni mexican bun .. rasanye saya buat topping untuk yang bawah sekali tu kut..
















gebus gila! Geram & seronok tgk roti dah naik gini..








Pizza bun yang dah siap dihias dgn mayonaise & cili sos













Sosej bun lagi
















Pizza bun







Roti sedang dibakar dlm oven
















Hasilnya!


Fruit tart & egg tart





Ni hasilnya, saya bawa balik utk DH & anak2 ..