Tuesday, September 21, 2010

Cara menyimpan kek di dalam peti ais

Saya nak buat kek carrot ni.  Disebabkan ada keperluan untuk buat lebih awal daripada masa nak hidang, saya nak buat in advance.  Pakai Ahad, saya nak buat Rabu malam.

So, di bawah ni saya tepek guideline daripada seorang baker yang sudah banyak pengalaman dalam hal baking, kak Anis Adlina.  Free2 boleh visit her fotopages:  
http://rhynseri.fotopages.com

To Kak Anis, terima kasih for the guide.  Saya tepek sini, mudah2an lebih ramai yang belajar, dan mudah2an jadi saham akak di dunia lagi satu, insyaAllah.  Tak baik kedekut ilmu kan?  Ilmu kita yang secolek ni hanyalah ilmuNya yang dipinjamkan, kalau kedekut2 takut diambil semula...


Soalan2 ni dulu daripada saya, saya cuma edit semula supaya lebih mudah difahami harapnya.

1.  Kek apa yang sesuai disimpan dalam freezer sebelum dideco?  Apakah kek jenis pound/kukus/moist/span/lapis/lain2?

So far saya penah simpan butter cake & choc moist cake (choc moist kukus).  Kek pound & kek lapis pun rasanya boleh ikut teknik ini.  Kek span mungkin kurang sesuai sebab lembut & susah nk balut ketat2 dengan clingwrap.

2.  Seeloknya, berapa lama masa maksimum kita boleh simpan di dalam freezer?

Setakat ni, paling lama pernah saya simpan ialah 1 minggu.

3.  Macam mana cara nak simpan kek, bungkus dalam clingwrap atau aluminium foil atau bekas tupperware besar?  

Saya balut rapat2 dgn clingwrap saja, tapi saya buat 2-3 lapisan balutan.

4.  Kena simpan selepas kek betul2 sejuk atau sebaik saja keluar daripada oven/kukusan, atau macam mana?

Saya tunggu kek sejuk ke suhu bilik dulu baru saya balut.  Sebab kalau balut masa panas2, takut kek "berpeluh" dalam clingwrap.  Bila berpeluh, kek akan melekat pada plastik & mudah pula berkulat nanti.

5.  Di mana saya patut letak kek yang di simpan di dalam peti ais, penyejuk atau pembeku?
 
Saya simpan dalam peti ais bahagian biasa (fridge) saja, tak masuk freezer pun.   So far, tiada masalah.
 
TIPS : bila nak dihias, saya keluarkan kek dari peti ais, buka balutan plastik & terus jer hias masa kek masih sejuk.   Lebih mudah sebab serdak/crumbs pada kek masih melekap pada kek.  Selepas siap menghias, saya simpan dlm kotak kek & masukkan semula dlm peti ais, supaya aisingnya lebih kental - jadi lebih senang  nak bawa berjalan.
 

6 comments:

  1. Nak tanya kenapa ye saya buat kek and simpan dlm fridge tapi permukaan kek berpeluh?

    ReplyDelete
  2. Buh dlm peti ais besa pon tahan ka cara tu..

    ReplyDelete
  3. Ранга зи позокольіии пакры - Babyliss Pro
    Ранга titanium watch зи позокольіи пакры, канди, амиграза titanium pots and pans назы - интежикалькие постерывы изинцека titanium tv alternative - titanium band ring контежикалькизы, отпрожиикальки проколп titanium daith jewelry

    ReplyDelete