Thursday, November 25, 2010

berapa banyak adunan vs berapa besar kek?

ok,
like i promised a minute ago.
saya nak kongsikan buah fikiran saya tentang berapa banyak adunan untuk berapa besar kek.

Ini disebabkan saya tak ada pengalaman buat kek yang besar sebelum ini, dan saya tak rajin nak buat kek trial sebesar bagak tu, jadi saya rasa boleh guna maths aje untuk tahu berapa banyak adunan kena tambah supaya dapat kek sebesar saiz yang kita hendak.

jika anda belum sedar, inilah sebab anda belajar matematik dulu. 
sebagai nota, secara personal, bagi saya, apa ilmu yang anda belajar hingga form 3 dulu adalah ilmu yang anda boleh manfaatkan utk cari kehidupan di dunia.  kalau anda tak setuju sekarang, saya rasa anda akan setuju juga nanti2.  (cari kehidupan means dapatkan duit lah.. dlm kes ni, kalau lain pun tak boleh buat, at least buatlah kek dan jual - dapat duit, insyaAllah :) tak perlu buat kerja2 yang tak betul dan dapat duit haram....) tak percaya?  ini saya tunjuk. 

saya dah buat some maths calculations.  (terima kasih cikgu2 matematik sekolah rendah & menengah rendah dulu.)

FORMULA UNTUK ISIPADU BENTUK SILINDER:
                            ISIPADU  SILINDER = PI x jejari(kuasa 2)  x tinggi
                             volume = pi x radius(squared) x height

PI = 3.14

jadi, untuk kek ukuran diameter 10 inci, tinggi 3 inci,
isipadu kek 10 inci  = 3.14 x 5(kuasa 2) x 3
                             = 235.5 inci padu

kemudian, jika kita ada ukuran lain yang kita nak tau, contoh: 12 inci

isipadu kek 12 inci   = 3.14 x 6(kuasa 2) x 3
                             = 339.12 inci padu

ok, sekarang, kita dah tau, isipadu masing2 untuk 10 dan 12 inci.

so, ambil nisbah antara dua tu, dan taulah kita berapa lebih atau kurangnya isipadu antara satu sama lain.

contoh sekarang, saya nak tau berapa besar isipadu kek 12 inci berbanding kek 10 inci.

jadi,
                             339.12 / 235.5 = 1.44

maknanya, kena tambah 44% adunan lagi kepada adunan 10 inci saya.  44% ialah kira2 40% atau 2/5 bahagian.
maknanya,
kalau adunan asal (kek 10inci) guna 5 biji telur, saya perlu tambah lagi 2 biji telur untuk buat kek 12 inci.

kalau adunan asal guna 10 cawan tepung, saya perlu tambah lagi 4 cawan tepung.

dan seterusnya.

saya rasa dah betul apa yang saya pikir, nanti saya cuba... :D

No comments:

Post a Comment